17 Jan 2018

Kaki Tersepit Jeriji


RAWANG: Seorang pelajar dipercayai telah mengalami satu kejadian yang mendukacitakan apabila kakinya telah tersepit dalam jeriji di tepi jalan, di mana dia bukan hanya perlu menanggung sakit, tetapi dalam pada masa yang sama juga dia terpaksa menanggung malu.

Itulah pengalaman yang mungkin terpaksa ditanggung seorang pelajar perempuan berusia 10 tahun selama beberapa minit, ketika kakinya termasuk dan tersepit dalam jeriji.

Sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.58 pagi, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, telah bergegas ke Sekolah Kebangsaan Rawang dan telah berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh 10 minit selepas tiba di tempat kejadian.

Bagaimanapun, anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.

Mangsa juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan dibawa ke klinik untuk pemeriksaan.

Sehubungan dengan itu, pihak bomba menasihatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dan sentiasa menutup jeriji, terutamanya di tempat-tempat awam. Sumber: Astro Awani, Editor: Amira


Advertiser