Karangan Murid 11 Tahun Buat Cikgu Ini Menagis... Rupa-rupanya Ini Puncanya......


Sebak hati saya ketika membaca karangan Adik Nik Nur Kamelia Nik Mohd Iruan yang berusia 11 tahun. Adik Nik dari Kampung Pulau Kapas Demit Kubang Kerian, Kelantan. Mari kita ikuti kisah adik Nik.



Saya adalah anak orang miskin. Saya hanya bawak duit RM 1 sehari untuk ke sekolah.Tetapi jika ada kelas Fardu Ain(sekolah agama) saya akan bawa RM 2.

Saya saya pula hanya bekerja sebagai tukang buat rumah. Dia selalu berhutang dengan orang untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.

Bila ayah dapat gaji, ayah akan bayar kesemua hutang pada orang sehingga kami sekeluarga tidak dapat makan untuk melunaskan hutang ayah.



Bila tiada makanan, saya dan adik akan mencari ubi kayu untuk mengisi perut kami. Kadang kala saya tidak dapat makan ubi kayu kerana tidak mencukupi, saya berikan kepada adik sahaja ubi kayu ini untuk membuat alas perut nya. Saya tidak makan pun tidak mengapa asal kan adik-adik saya dapat makan.


Ini adalah di antara bait karang Nik Nur Kamelia Nik Mohd Iruan, semasa guru bahasa Inggeris meminta anak murid nya menulis karangan mengenai "Myself" pada hari kedua persekolahan.


Karangan murid tahun lima dari Sekolah Kebangsaan Demit, Kota Bharu ini amat menyentuh hati. Murid ini menulis karangan tersebut di dalam bahasa Melayu kerana dia tidak tahu menulis dalam bahasa Inggeris.

Boleh dikatakan keluarga ini bagaikan kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Jika ada makan dapat lah mereka mengisi perut. Jika sebalik nya redha saja lah dengan ujian Allah ini.



Ketika membaca karang ini bergenang air mata penulis. Ketika kita merasakan bahawa keluarga kita susah,tetapi sebenarnya ada lagi yang lebih susah daripada kita. Dengan membaca kisah-kisah seperti ini membuatkan kita insaf seketika dan kembali muhasabah pada diri sendiri.

Dengan cara ini kita akan lebih menghargai erti kehidupan yang sebenar. Lebih mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah dan dapat juga kita berkongsi rezeki dengan orang yang lebih memerlukan bantuan.

Malah ianya juga membuatkan kita lebih prihatin dan peka dengan keadaan sekeliling bahawa ada lagi orang memerlukan bantuan.

Dari Abu Hurairah,ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda"Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal, maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya menerima sedekah dari usaha yang halal,dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang
sedikit, sampai menjadi gunung," (HR Bukhari dan Muslim)

Semoga adik Nik dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Nya dan sentiasa dirahmati oleh Nya.Bagi pembaca semoga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua dan dapat lah kita perbaiki kehidupan seharian kita supaya lebih menghargai erti syukur dengan apa yang telah Allah kurniakan.
Editor: Ila