Isnin, 15 Januari 2018

Kejadiaan Tanah Runtuh Di Mersing


MERSING: Pada awal pagi tadi kereta seorang lelaki yang dipandunya dipercayai telah terjatuh ke dalam gaung kerana tanah runtuh di Kilometer 16 Jalan Jemalung-Mersing.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi, mangsa yang dikenal Swee Ah Peng,60 tahun yang memandu Honda CRV,hanya mengalami cedera ringan dan dia telah dibawa ke Hospital Mersing untuk pemeriksaan selanjutnya.

Superintendan Cyril Edward Nuing ,Ketua Polis Daerah Mersing berkata pihaknya telah mendapat panggilan dari orang awam pada pukul 2.30 pagi. Di percayai kejadian terjadi kerana tanah mendap di laluan berkenaan.

"Sememangnya laluan ini tidak selamat untuk di lalui oleh mana-mana kenderaan ringan mahu pun berat dan sepatutnya laluan ini ditutup sepenuhnya.

"Pengguna jalan raya yang mahu ke Johor Bahru atau Mersing, boleh menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Nitar-Jemaluang," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Mersing didalam satu laporannya menyatakan,kawasan cerun yang runtuh itu sepanjang 70 meter dan berketinggian 15 meter.

" Jalan itu perlu ditutup untuk semua kenderaan tidak kira kenderaan berat atau ringan. Orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Jemaluang-Jalan Nitar Utama-Jalan Pengkalan Batu.

"Papan tanda juga telah pun dipasang di lokasi kejadian bagi mengelakkan kenderaan lain menjadi mangsa seterusnya.  Editor:Ila