Kejam!!! Anak Upah Kawan Bunuh Ibu Kerana Wang


Sudah menjadi tanggungjawab anak untuk melindungi dan menjaga ibu yang sudah tua namun seorang lelaki yang berusia 39 tahun telah bertindak kejam kerana mengupah dan rakannya untuk membunuh ibunya yang sudah berumur 63 tahun.

Tribunstyle.com dari Koreaboo telah melaporkan, polis Gyeongnam telah menahan suspek yang dikenali sebagai A dan rakannya B, 39 kerana didakwa melakukan pembunuhan pada 20 Disember.

Lelaki yang dikenali sebagai A dipercayai memasuki rumah ibu supek kira-kira jam 2.40 dan memukulnya dengan senjata tumpul hingga mati

Selepas kematian ibunya, anak mangsa menghubungi talian 911 dengan mengatakan ibunya telah meninggal dunia dan menyuruh polis melakukan pencarian memburu suspek dengan segera.

Setelah mengambil masa sebulan untuk mencari, lelaki yang dikenali sebagai B berjaya ditangkap hasil pemeriksaan rakaman CCTV.

Pada awalnya B mendakwa hanya dia satu-satunya pelaku namun setelah disoal siasat akhirnya mengaku bahawa dia telah diupah oleh A iaitu anak mangsa sendiri.

B mengatakan rakannya itu membuat keputusan untuk membunuh ibunya adalah kerana gara-gara wang.

Suspek berkata dia mempunyai masalah ekonomi dan menganggap ibunya sebagai punca masalah itu dan membuat keputusan untuk membunuh ibunya yang pernah dirawat di rumah sakit jiwa kerana gejala skizofrenia.

A telah memindahkan sejumlah wang yang bernilai RM44,000 ke akaun rakannya.

Selain itu, suspek juga telah menukarkan hak milik rumah daripada nama ibunya kepada namanya ketika mangsa sedang dirawat di hospital.

Namun, ketika ditanya mengapa ibunya dibunuh, A mendakwa bahawa dia adalah anak yang baik.

“Saya adalah anak yang berbakti,” katanya

A menafikan semua tuduhan terhadapnya, dengan mengatakan bahawa dia tidak bersalah.

Kes ini menjadi hangat di Korea selepas sisatan di buat dan mendedahkan motif pembunuhan tersebut. Sumber:Suara.tv , Editor:Farhana