Isnin, 29 Januari 2018

Kejam! Ibu Angkat Tegar Membiarkan Anak Angkatnya Mati Kebulur


AMERIKA- Seorang wanita yang berusia 43 tahun telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana menyebabkan anak angkatnya mati dipercayai tidak diberikan makan dan minum.

Mangsa yang dikenali sebagai Natalie Finn,16 ditemui mati dalam keadaan mayat nya dipenuhi oleh darah dan kesan calar serta dibiarkan kebulur oleh ibu angkatnya, Nicole Finn.

Malah terdapat satu nota yang bertulis ditangan mangsa berbunyi "Tingkap tidak dapat dibuka, ibu telah memakunya!".

Suspek telah didapati bersalah pada bulan lalu kerana membunuh dan tiga lagi tuduhan menculik bertujuan untuk mengurung dua lagi adik beradik Natalie yang lain.

Laporan menyatakan bahawa berat badan Natalie hanya seberat 38 kilogram semasa dia meninggal dunia pada Oktober 2016 yang lalu.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai rumahnya serta memakai lampin dewasa. Terdapat kesan luka pada anggota badan mangsa dan hampir tiada lemak ataupun otot pada tubuh badan nya menurut akhbar Des Moines Register.

Menurut pakar yang di tugas kan untuk menyasiat kes ini, dua lagi adik beradik mangsa yang lain iaitu Mikayla,14 dan Jaden,15,juga dalam risiko untuk mati kebuluran. Ia nya mengambil masa beberapa bulan untuk sembuh.Natalie juga dilaporkan mengalami serangan jantung.

Mikayla memberi keterangan di mahkamah bahawa dia terpaksa meminum air daripada tandas akibat terlampau dahaga.

Hakim Karen Romano mendakwa bahawa tindakan Nicole ini sebagai satu tindakan yang tidak boleh dimaafkan dan suspek tidak dibenarkan berhubung dengan empat lagi anak angkat nya itu.

“Mahkamah tidak dapat membayangkan trauma yang dilalui kanak-kanak ini,” kata Karen.

Bekas suami Nicole, Joe Finn II,telah menafikan bahawa dia tidak bersalah menculik,mengabaikan dan telah memudaratkan kesihatan kanak-kanak tersebut.

Dia dikatakan tidak lagi tinggal bersama dengan keluarga itu selepas Natalie dilaporkan meninggal dunia. Kes ini akan dibicarakan semula pada 30 April nanti.

Suspek dikatakan lebih menyayangi kucing dan anjing daripada anak angkatnya sendiri. Dia juga dikatakan telah mengurung tiga beradik ini di dalam bilik tidur yang kotor tanpa perabot serta tidak dibenarkan keluar untuk makan atau pergi ke bilik air selama beberapa bulan.

Bayangkan anak-anak kecil ini terpaksa memanjat keluar melalui tingkap untuk meminta makanan daripada jiran tetangga. Sungguh tidak berperikemanusian!

Perkara ini telah di laporkan oleh jiran dan pihak sekolah kepada pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak.

Setelah mendapat laporan mengenai perkara ini, pihak mahkamah kemudian nya datang melawat ke rumah berkenaan. Pegawai pelindungan kanak-kanak yang ditugaskan untuk melawat ke rumah tersebut, enggan untuk mengambil mangsa dan adik beradiknya. Disebabkan itu lah pegawai tersebut telah di pecat selepas mengaku bersalah oleh Jabatan Perkhidmatan Manusia dan Pejabat Ombudsman Iowa. Sumber : Metro.Editor: Ila

Bekas suami Nicole, Joe Finn II


Mangsa Natalie Finn.


Kediaman rumah Nicole Finn.