Kejam Mangsa Di Rogol Lalu Mukanya Di Hentak Dengan Batu Bertubi-Tubi



MEDAN: Seorang remaja telah dijumpai maut didalam keadaan yang amat mengerikan dipercayai telah dirogol berulang kali lalu dibunuh.

Mayatnya telah dijumpai oleh ibunya di rumah mereka,di Jalan Satria semasa ibunya mahu menggunakan bilik mandi pada Jumaat kelmarin kira-kira pukul 7.

Semasa mayat ditemui,tangan dan mulut mangsa di ikat manakala perutnya juga penuh dengan kesan tikaman. Mangsa yang dikenali sebagai Anggi Syahputri,16 tahun.

Selain itu, muka remaja ini hancur akibat di hentak menggunakan objek yang tumpul seperti batu.

Mangsa juga dipercayai telah dirogol sebelum di lemas kan ke dalam baldi yang berisi air hingga mangsa meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Percut Sei Tuan, Iptu Philip Antonio pihak nya tidak menolak kebarangkalian pembunuhan Anggi di lakukan oleh orang yang terdekat dengannya.

"Mangsa dipercayai dibunuh ketika orang tiada di rumah, pihak kami mempercayai suspek adalah orang yang dekat"katanya.

"Hasil siasatan awal mendapati adanya tanda-tanda pergelutan di antara mangsa dan perogol di lokasi kejadian. Kemungkinan besar mangsa mempertahan kan dirinya ketika dipaksa melakukan hubungan itu" tambahnya lagi.

Di faham kan,seorang saksi telah melihat dua orang lelaki datang ke rumahnya sebelum mayat di temui.

“Tadi ada dua orang lelaki datang ke rumah itu,tak tahu la itu kawan atau kekasihnya,kami tak tahu”kata saksi.

Laporan mendapati kekasih mangsa dikatakan hilang sejak semalam. Kes masih lagi di dalam siasatan pihak polis. Editor: Ila