Selasa, 30 Januari 2018

Kekejaman Yang Dilakukan Oleh 12 Orang Isteri Terhadap Suami


Sering kali kita mendengar berita seorang suami mendera atau membunuh isterinya dan ianya kedengaran sangat kejam, namun bagaimana dengan isteri yang mendera dan membunuh suaminya sendiri kerana hal yang berkait dengan seks dan kecurangan.

Terdapat 12 kes yang melibatkan wanita mendera & membunuh suaminya sendiri dengan cara kejam.

Kes pertama adalah seorang isteri telah memotong kemaluan suaminya kerana berlaku curang.

Feng, 30 adalah wanita berasal dari Kota Shagqui China, telah memotong kemaluan suaminya Fan Lung (32) selepas mengetahui suaminya curang dengan wanita lain kemudian membuang potongan kemaluan itu keluar dari tingkap hospital dan dimakan anjing.

Selain itu, kes yang kedua adalah seorang wanita dari Brasil, cemburu buta dengan teman lelaki suaminya dan akibat rasa cemburu itu membuatnya mengambil keputusan untuk memotong kemaluan suaminya dengan pisau roti, pada (18/8/2013) ketika dia menangkap suaminya di tempat tidur dengan lelaki lain di rumahnya di Santos, Brasil Tenggara.

Kes yang ketiga adalah, seorang isteri yang membunuh suami tergamak menuduh anaknya sebagai pelaku.

Pada tahun 2005, Stacey Castor, telah membunuh suami pertamanya, David Castor dan pada awalnya, polis mengesyaki David meninggal kerana serangan jantung.

Setelah David meninggal, Stacey berkahwin dengan Michael Wallace dan tergamak menuduh anak perempuannya yang baru berusia belasan tahun sebagai pembunuh suaminya.

Seterusnya, seorang isteri bernama Katya Kharitovonova telah dipenjara kerana menggigit kemaluan suaminya, Mikhail, dan mencederakan sahabatnya, Liza Dmitriyeva kerana mengetahui suaminya berlaku curang dengan sahabat baiknya.

Dalam perkembangan lain, terdapat juga kes isteri membunuh suami saat berhubungan intim.

Pasangan suami isteri yang bernama Tony dan Crystal Border, kerap melakukan hubungan seksual dengan aksi yang ganas dan permainan itu dinamakan “Kinky Sex Game”.

Dalam permainan itu, salah seorang harus menggantungkan dirinya dan si pasangan boleh ‘menikmati’ tubuh pasangannya.

Namun, si pasangan harus menurunkan tubuh pasangan yang tergantung dengan cepat sebelum kehabisan nafas, tetapi Crystal sengaja tidak mahu menurunkan suaminya dan akhirnya lelaki itu maut.

Dalam masa yang sama, seorang wanita tua yang berasa dari Georgia berusia 76 telah membunuh empat orang daripada lima suaminya dengan cara mengupah seseorang untuk membunuh satu persatu suaminya supaya dia memperolehi duit insuran kematian.

Terdapat juga kes yang kedengaran pelik namun ianya benar berlaku, apabila seorang wanita Australia, Vicki Lowing, sangup berpisah dengan suaminya kerana dia lebih memilih untuk menguruskan haiwan kesayangannya.

Wanita berusia 52 tahun ini menganggap buaya yang di peliharanya selama 13 tahun seperti anaknya sendiri dan lebih bererti berbanding suaminya sendiri.

Di negara Arab, seorang lelaki menikahi seorang wanita selama 30 tahun lamanya dan wajah isteri selalu ditutupi purdah sepanjang tinggal bersama.

Kerana ingin tahu, suami ini membuka purdah isteri ketika sedang tidur lalu isteri tersebut terbangun dan berasa dikhianati akhirnya meminta cerai dari suami.

Pada tahun 1990, Richard Batista telah berkahwin dengan Dawnell Batista dan mengetahui isterinya mengalami masalah buah pinggang selepas berkahwin.

Pada tahun 2001, Richard membuat keputusan untuk memberikan buah pinggang kepada isterinya namun kebaikan yang diberi dibalas dengan tuba apabila Dawnell pergi kepada lelaki idamannya.

Katherine Knight seorang isteri yang kejam kerana sanggup membunuh suaminya John Charles dengan menikamnya sebanyak 37 kali sebelum anggota badan dan kulitnya digantung di dapur oleh Katherine lalu wanita itu merebus kepala suaminya serta daging badan dan punggung Charles dipanggang dan dimasak seperti daging lembu dan dihidangkan sebagai menu makan malam untuk anak-anak mereka.

Seorang lelaki yang berumur sekitar 40 terpaksa di kejarkan ke hospital setelah dipercayai di pukul di kepala oleh isterinya Maria Saves dengan menggunakan cangkul setelah mendapati suaminya bersetubuh di katil rumah mereka dengan seorang wanita Janda yang merupakan jiran mereka.

Mangsa di hantar kehospital dengan segera selepas maria saves mengayunkan cangkul tersebut dikepala suaminya, pakar bedah menghabiskan masa selama enam jam untuk membuang cangkul yang melekat di kepala mangsa.

Lebih menghairankan,mangsa boleh bertahan dan dapat menjalani kehidupan normal selepas sembuh.

Kes yang Terakhir adalah isteri sanggup membunuh suaminya kerana enggan memberi nafkah batin.

Kejadian pembunuhan itu bermula saat Vimla mengajak suaminya Narsinh untuk mengadakan hubungan intim di rumah mereka. Lalu ajakan itu ditolak oleh narsinh dengan alasan penat bekerja seharian.

Geram kerana ajakan ditolak, Vimla kemudian menuduh suaminya memiliki wanita lain hingga membuatkan mereka bertengkar lalu Vimla mengunci pintu bilik dan memukul suaminya menggunakan tongkat di bahagian kepala dan leher.

Setelah memukul suaminya hingga mati, Vimla kemudian berlari ke balai polis dan mengadu bahawa suaminya di bunuh oleh perompak.

Times of India telah melaporkan Vimla Vaghela dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan denda Rs2.000 oleh makamah di Ahmedabad. Editor:Farhana