Kenali Tunku Ismail Dengan Lebih Dekat Dalam Video Ini.


Sebuah video tentang keperibadian pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) di laman rasmi JOHOR Southern Tigers sebentar tadi telah diterbitkan oleh DTtv.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Johor yang mengatakan baginda tidak suka di tekan (dihantui) di awal percakapannya.

Baginda menjawab soalan pertama yang ditanya sama ada suka atau tidak cerita seram dengan mengatakan tidak suka melihat cerita hantu, tambahan isterinya akan menjerit bila melihat cerita hantu.

Baginda turut ditanya mengenai warna kegemaran, kereta kegemaran dan motosikal kegemaran serta haiwan kesayangan.

TMJ lebih memilih sukan polo berbanding bola sepak dan memberikan alasan kenapa memilih sukan itu.

Apabila ditanya mengenai pelakon kegemaran baginda menjawab Denzel Washington untuk lelaki dan Angelina Jolie untuk wanita.

Tunku memilih pantai dan pulau sekitar Mersing sebagai pilihannya untuk di dalam negara dan Maldives bagi luar negara sebagai laut kegemaran.

Selain JDT, TMJ memilih Selangor sebagai pasukan bola sepak kegemaran untuk Malaysia dan Manchster United, Borussia Dortmund serta Barcelona di liga luar negara.

Selain itu,TMJ juga ditanya mengenai perancangan masa depan JDT dan seterusnya soalan panas apa yang akan baginda lakukan kepada 'haters' baginda.

TMJ juga turut ditanya mengenai impian baginda serta pekerjaan baginda jika bukan sebagai TMJ.

Pengakhiran video TMJ menjawab soalan azam Tunku bagi tahun 2018 buat JDT dan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).Sumber:Malaysiakini , Editor:Farhana