Kerana Cemburu Pakcik Nekad Perkosa Anak Saudara


SELANGOR: Kemesraan anak saudara perempuannya dengan kekasih menyebabkan seorang lelaki bertindak mencabul mangsa kerana terlalu cemburu, di tepi jalan berhampiran Sungai Merab di sini.

Kejadian kira-kira 9 malam itu berlaku apabila mangsa keluar minum bersama bapa saudaranya berusia lingkungan 40-an di Bandar Baru Bangi di sini, bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keluarga.

Sumber polis berkata, sebaik tiba di kedai makan itu, suspek terkejut apabila melihat teman lelaki anak saudaranya itu turut berada di premis sama.

“Suspek yang tidak berpuas hati hanya mendiamkan diri sepanjang berada di kedai makan itu sebelum mengajak mangsa pulang ke rumah.

“Mangsa hanya mengikut arahan bapa saudaranya itu sebelum dibawa ke kawasan sunyi. Suspek kemudian bertindak mencabul anak saudaranya itu.

“Suspek kemudian cuba menanggalkan seluar dan baju mangsa yang ketika itu meronta untuk melepas diri.

“Bagaimanapun mangsa terselamat apabila suspek menyangka kereta dinaiki itu dihampiri kenderaan polis,” katanya.

“Mangsa kemudian menghubungi rakannya bagi mendapatkan bantuan selain membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

“Siasatan awal polis mendapati suspek sebelum ini pernah menghantar mesej berbaur lucah namun mangsa menganggap ia hanyalah gurauan,” katanya.

Susulan itu usaha memburu suspek sedang gigih di jalankan. Sumber: Metro Harian - Editor: Amylea Nazrul