Kerana Dendam OKU Tikam Rakan


MERSING - Seorang remaja cedera di belakang badan akibat ditikam lelaki orang kelainan upaya (OKU) akibat dendam lama di ejek di Kampung Pengkalan Batu, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Mohd Nor Mohd Isa, berkata kejadian jam 11 pagi ketika mangsa, Mohammad Amri Omar, 15, bersama ibunya, mendengar ceramah dalam satu majlis agama di masjid .

Suspek berusia 31 tahun secara tiba-tiba berjalan dari arah belakang terus menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.

Mangsa mengalami pendarahan lalu dihantar orang awam ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan dan menerima empat jahitan kerana mengalami luka sedalam 2.5 sentimeter.

Mohd Nor berkata, suspek yang berasal dari Kampung Pengkalan Batu adalah OKU kategori masalah pembelajaran kini ditahan polis untuk siasatan.

"Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat dendam ejek mengejek antara suspek dengan mangsa pada hujung tahun lalu," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Sumber:Harian Metro , Editor:Farhana