Isnin, 8 Januari 2018

Kerana Menderma Kepada Pesakit Kanser Pelajar Sekolah Dihukum


CORNWALL, BRITAIN-Seorang pelajar sekolah dihukum dan diasingkan daripada pelajar lain selepas mangsa membotakkan kepalanya dan mendermakan rambutnya kepada pesakit kanser.

Dailymail melaporkan, Niamh Baldwin, 14 mendermakan rambutnya kepada agensi Little Princess Trust yang akan menghasilkan rambut palsu untuk digunakan pesakit kanser.

Selepas cuti hari Krismas, Niamh kembali ke sekolah dengan kepala botak dan sekolah Akademi Mounts Bay meletakkan Niamh dalam tahanan kerana dituduh melanggar peraturan.

Niamh dipaksa memakai penutup kepala sehinggalah rambutnya kembali panjang.

Tindakan sekolah tersebut menghukum Niamh dipertahankan oleh Pengetua Akademik, Sara Davey kerana menurutnya semua pelajar tahu mengenai polisi melarang membotakkan kepala dan mereka yang gagal mematuhinya akan diasingkan dan belajar dalam bilik darjah khas sehinggalah rambut mereka kembali panjang.

Ibu mangsa, Anneka, 32 mengecam pendirian sekolah dalam insiden tersebut kerana baginya Niamh mempunyai prestasi cemerlang dalam akademik, selain seorang yang peramah dan disukai para guru. Sumber: Sinar Online , Editor:Farhana