Kerana Tidak Diberi Wang, Lelaki Snggup Tikam Teman Wanita.


KALIMANTAN: Seorang lelaki dipercayai telah bertindak diluar jangkaan apabila dia dipercayai telah menikam seorang wanita selepas bersetubuh dengan wanita terbabit dan juga berang kerana permintaanya tidak dapat dipenuhi.

Suspek yang dikenali sebagai Rahmadani, 37, atau Dani merupakan salah seorang penduduk di Jalan Gatot Subroto, Samarinda, Kalimantan Timur.

Dia kini telah berjaya di tahan pihak berkuasa tempatan kerana perbuatannya apabila dia ingin duit yang banyak dari mangsa namun mangsa hanya memberikan wang sebanyak Rp 150 ribu sahaja.

Peristiwa ini dikatakan telah berlaku pada 22 Januari yang lepas di mana Nurul yang merupakan mangsa tikaman itu dikatakan bukanlah pasangan kekasih namun mereka selalu bersama dan selalu berjumpa.

Sebelum kejadian berlaku, Nurul dikatakan telah datang ke rumah Dani dan mereka juga turut melakukan hubungan seks.

Namun, cerita ini dikatakan berlanjutan apabila Dani dikatakan selalu meminta duit daripada Nurul sebanyak Rp 500 ribu namun permintaan Dani itu tidak dapat dipenuhi.

"Mangsa hanya sanggup memberikan Rp 150 ribu kepada Rahmadani.”

Akibat kesal dan marah kerana dia hanya menerima duit yang sedikit, suspek yang dikatakan menganggur itu bertindak menikam mangsa dengan menggunakan pisau.

"Kerana emosi, suspek terus mengambil pisau dapur yang berdekatan dengan dinding dapur lantas menikam mangsa sehingga mangsa mangsa mengalami kecederaan di bahagian bahu sebelah kiri.”

Nurul dikatakan berjaya melarikan diri daripada rumah mangsa dan terus ke balai polis yang berdekatan untuk membuat laporan polis.

Selesai sahaja laporan diterima, pihak polis terus bertindak dan berjaya menangkap suspek pada waktu petang selepas kejadian tersebut berlaku.

"Kami menemui pisau di dapur suspek. Kami juga turut menyoal siasatan mangsa. Suspek juga dikatakan dalam keadaan sedar semasa kejadian berlaku. Dia cuma kecewa kerana mangsa tidak memenuhi permintaanya.”

Suspek bagaimanapun telah mengakui perbuatannya itu dan kini dia sedang dipenjarakan di penjara Polsekta Samarinda Ilir. 

Kes ini juga akan disiasat dibawah Seksyen 351 KUHP di atas kesalahan melakukan penganiayaan. Sumber: Merdeka.com, Editor: Amira