Ahad, 14 Januari 2018

Kereta Dijual Tukang Tarik


Seorang wanita yang yang dikenali sebagai Ewana Sofia berkongsi kisah sedih yang dilaluinya sepanjang berniaga bersama suami dan yang paling teruk adalah tahun 2017.

Wanita tersebut pernah ditipu dan keretanya telah di tarik serta di jual tanpa kebenaran sehingga beliau hampir berputus  asa, malahan  suaminya juga  meminta beliau  berhenti berniaga.

Walaupun sudah buat yang terbaik, tetap tidak mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut kerana kebanyakkan  pelanggan hanya bertanya sahaja dan selepas itu terus senyap.

Kisahnya bermula apabila kereta yang digunakan oleh Ewana Sofea  untuk mencari rezeki ditarik oleh 3 orang lelaki yang mengaku sebagai wakil dari pihak bank

Peniaga itu akui bahawa  memang beliau telah terima notis untuk keretanya ditarik dari pihak bank kerana tunggakan dan tetapi pada waktu itu  Perniagaan beliau tidak mendatangkan keuntungan selain baru sahaja ditipu pihak KL karnival.

Walaupun begitu, mereka tetap meneruskan perniagaan dan sanggup berhujan panas dan kereta itulah menjadi peneman setia kemana sahaja mereka pergi.

Pada suatu hari 13 oktober 2017, selepas selesai urusan di jalan duta mereka ditahan oleh tiga orang lelaki yang mengaku dari pihak bank mahu menarik kereta dan minta rm3000 sekiranya tidak mahu kereta ditarik.

Kerana tiada duit, tiga lelaki itu memberi cadangan untuk menyimpan kereta itu dahulu sebelum mereka dapat mengumpul duit.

Si suami berbincang dengan pihak bank dan pihak bank meminta bayaran sebanyak RM4000 untuk mengelak daripada  kereta ditarik dan mereka sedaya upaya usaha mencari duit termasuk meminjam dari keluarga untuk dapatkan kereta itu  semula.

Selesai membuat pembayaran  RM4000 kepada pihak  bank, lalu mereka bertanya kepada lelaki yang menarik kereta tersebut untuk mengambil kenderaan itu semula dan menawarkan  untuk membayar RM2000 kepada mereka namun mereka tetap berkeras mahukan RM3000 serta  memberitahu kenderaan tersebut telah dijual kepada orang lain.

Terlalu senang mereka menjual kereta milik orang lain tanpa surat perjanjian dan tukar hak milik,

Tukang tarik itu atau boleh juga di gelar "Penyamun" kerana begitu mudah mengambil hak orang lain dan menjualnya tanpa rasa bersalah serta "menikmati" hasil dari jualan kenderaan tersebut tanpa mengambil kira kesan terhadap pemilik.

Dari tarikh kenderaan tersebut di tarik, empat bulan sudah berlalu. Setiap kali di hubungi "penyamun" itu berjanji untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan pembeli kereta itu dan memulangkan semula kenderaan itu kepada wanita tersebut, tetapi bila di ajak bersemuka mereka memberi pelbagai alasan.

Ewana Sofia berusaha berulang alik pergi bank untuk meminta maklumat "penyamun" tersebut namun pihak bank berkeras tidak mahu membantu kerana mendakwa terdapat bukti tandatangan suami dan cop jari pada sekeping surat mengatakan kereta dipegang bukan untuk dijual beli.

Report polis juga sudah dua kali di lakukan tetapi pihak polis juga tidak mahu membantu kerana katanya itu urusan pihak bank walaupun perkara ini jika di teliti terdapat unsur-unsur penipuan dan kenderaan tersebut di perolehi dengan tipu daya.

Bagi sesiapa yang ternampak kereta alza merah no pendaftaran wc8387u di sekitar KL atau luar kawasan KL diminta untuk hubungi pemiliknya di talian 0173575052-Emma dan 018-4698355/ 011-14267779-Wan. Editor:Farhana