Kereta Terbalik Di Lebuh Raya Pantai Timur, Maran.


MARAN: Seorang lelaki berusia 51 tahun maut selepas mangsa tercampak dari kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 145, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) , Maran pada pukul 1 tengah hari.

Dipercayai semasa kejadian itu mangsa yang duduk di bahagian depan sebelah penumpang tercampak beberapa meter dari lokasi kejadian selepas MPV yang dipandu oleh isterinya hilang kawalan sebelum ianya terbalik.

Mustapa Abd Aziz mangsa kemalangan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya Juria Japri,48, cedera ringan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS).
Ketua Polis Daerah Maran  Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, siasatan awal telah mendapati suami isteri itu di dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari Kuala Lumpur sebelum MPV yang dipandu isteri nya hilang kawalan. Editor: Ila