Kesian! Wanita Hamil Ini Meninggal Setelah 7 Bulan Mengandung, Doktor pun Menyalahkan Keluarganya Kerana Tindakan Bodoh Mereka Ini!


Seorang wanita yang bernama Hasmah telah berkahwin dengan lelaki yang bernama Razak yang bekerja sebagai petani dan tinggal di desa.

Setelah berkahwin, Razak membawa Hasmah tinggal bersama ibu bapanya di kampung dan kehidupan Hasmah sangat bahagia kerana ibu bapa Razak sangat menyayanginya.

Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, Hasmah disahkan hamil anak pertama.

Kerana terlalu gembira, ibu bapa Razak telah membuat persiapan untuk menyambut cucu pertama mereka.

Namun kebahagiaan yang dirasai tidak bertahan lama apabila usia kandungan Hasmah mencecah 7 bulan kerana ajal telah menjemput si ibu dan bayi dalam kandungan.

Hasmah mempunyai tekanan darah yang tinggi semasa hamil dan akhirnya menyebabkan stroke hingga meragut nyawanya dan bayi yang dikandung.

Sepanjang kehamilan beliau, Hasmah sering mengadu sakit kepala hingga jatuh pengsan dan Hasmah sendiri mengetahui dirinya mempunyai tekanan darah namun ibu bapa mertuanya mengatakan bahawa itu perkara biasa yang dialami oleh ibu hamil.

Mereka tidak pernah membawa Hasmah pergi membuat pemeriksaan kandungan seperti ibu hamil lain yang mana ia menjadi rutin sepanjang kehamilan.

Seluruh keluarga Razak terkejut melihat Hasmah terbaring kaku di atas tempat tidur dan mereka segera membawanya ke hospital.

Doktor yang bertugas, telah mengesahkan Hasmah dan bayinya telah meninggal dunia sebelum tiba dihospital.

Doktor menyalahkan keluarga Razak kerana tidak pernah membawa Hasmah membuat pemeriksaan rutin kehamilan walaupun mereka tahu Hasmah mempunyai tekanan darah tinggi.

Mereka merasa sangat terpukul dengan kejadian itu kerana bukan sahaja tidak dapat menyambut cucu baru malahan menantu kesayangan juga telah pergi untuk selama-lamanya.

Dinasihatkan kepada para ibu hamil dan ahli keluarga yang terdekat jangan pernah meremehkan soal kesihatan dan pergilah membuat pemeriksaan doktor sekiranya merasakan sesuatu yang tidak kena kepada si ibu atau kandungan.

Artikel ini boleh dikongsi supaya orang ramai mendapat kesedaran tentang pentingnya membuat pemeriksaan sepanjang kehamilan. Sumber: Happy , Editor:Farhana