17 Jan 2018

Lelaki Di Tangkap Selepas Aksi Kejar Mengejar Di Sungai Buluh


SUNGAI BULOH – Seorang anggota polis cedera setelah terjatuh akibat di himpit semasa aksi kejar mengejar sebuah kenderaan dengan no pendaftaran ABN 5312 di kawasan Paya Jaras Dalam .

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.05 pagi itu bermula apabila Anggota tersebut bersama seorang lagi anggota polis sedang membuat rondaan dan terserempak dengan supek .

Semasa di tahan, suspek enggan memberi kerjasama dan terus menghimpit menyebabkan anggota polis yang mengejar itu telah terpaksa melepaskan tembakan kearah kenderaan suspek bagi mempertahankan diri.

Dengan bantuan dua kereta peronda, kenderaan suspek berjaya di kesan dan suspek berjaya di tahan di kawasan Paya Jaras Tengah, Sungai Buluh. Pemeriksaan melalui rekod polis mendapati suspek mempunyai 5 rekod lampau.

Anggota yang cedera telah di bawa ke Hospital Sungai Buluh dan Suspek telah di bawa ke balai polis untuk tindakkan selanjutnya.

Kes masih di dalam siasatan polis dan sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut boleh pergi ke balai polis yang berdekatan untuk menyalurkan maklumat.
 





Advertiser