Lelaki Maut Dirempuh Lori


KUCHING - Seorang lelaki dipercayai maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah lori di Jalan Bau-Kuching hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian difahamkan berlaku kira-kira pukul 6.33 pagi itu di mana ia mengakibatkan mangsa, Goven Liget, 33, maut ditempat kejadian.

Kemalangan tersebut dipercayai berpunca apabila mangsa dikatakan gagal untuk mengawal kenderaannya lalu terbabas dan memasuki laluan yang bertentangan.

Namun begitu, nasib tidak menyebelahinya apabila dikatakan sebuah lori yang membawa muatan batu yang berada di laluan bertentangan itu tidak sempat mengelak.

Lalu, lori terbabit dipercayai merempuh Perodua Kancil itu sehingga menyebabkan pemandu kereta tersebut meninggal di tempat kejadian.

Menurutnya lagi, akibat daripada rempuhan itu, mangsa dikatakan tersepit di bahagian tempat duduknya.

Sebaik sahaja menerima berita berkenaan, anggota bomba segera diarahkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.


Selesai sahaja mangsa berjaya dikeluarkan, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sumber: K! Online, Editor: Amira