Lelaki Sanggup Membunuh Demi Permintaan Kekasih


INDONESIA – Seorang lelaki di tahan atas tuduhan membunuh di Jawa Timur.

Mangsa dipercayai mati kerana dicekik oleh jirannya kerana berebut telefon bimbit milik mangsa.

Suspek yang dikenali sebagai Mamang itu mengakui dia berbuat demikian kerana mahu mendapatkan telefon Samsung J2 yang diingini teman wanitanya.

Harga telefon itu dianggarkan Rp1,599,000 (RM476) di pasaran Indonesia.

Maratus Sholikah, 37, mangsa yang pada mulanya dianggap mati mengejut, namun selepas bedah siasat pihak berkuasa mendapati ada banyak keraguan pada cara kematian mangsa, selain terdapat kesan lebam di bahagian lehernya.

"Pihak penyiasat menghubungi telefon bimbit mangsa dan ia dijawab oleh teman wanita suspek. Suspek kemudiannya ditahan dan mengakui telah mencekik mangsa untuk mendapatkan telefon berkenaan.” kata Jurucakap polis, Iptu Suparman

Suspek yang mengakui bergelut dengan mangsa selepas mangsa enggan menyerahkan telefon itu, dan bertindak mencekik dan menekup muka mangsa dengan bantal ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Suspek berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan. Sumber: Astro Awani , Editor:Farhana