Majikan Dibunuh Kerana Dendam


INDONESIA – Dua orang lelaki di Ngawi bertindak kejam meracun seorang wanita yang merupakan majikan mereka.

Mangsa yang dikenali sebagai Sulasi, 53 tahun, merupakan janda kaya di kawasan itu diracun sebanyak dua kali sebelum suspek nekad mencekik mangsa hingga mati setelah racun diberi tidak mendatangkan kesan kepada mangsa.

Mayat Sulasi kemudian dibuang ke Sungai Balawong di wilayah Magetan.

Suspek yang dikenali sebagai BR dan NI pada awalnya hanya merancang untuk menculik mangsa namun kemudian mereka bersepakat pula untuk membunuh mangsa dengan cara memberi racun.

BR merupakan pemandu peribadi janda kaya itu, pada percubaan pertama didakwa menghidangkan bakso yang dicampur racun tikus kepada mangsa namun lansung tiada kesan.

Berang melihat Sulasi masih hidup, dua hari selepas itu BR memberi bubur yang dicampur racun jenis tirex kepada mangsa namun percubaan kedua itu masih gagal.

Suspek yang berputus asa dengan cubaan meracun itu tekad datang ke rumah mangsa lalu mencekik hingga mati.

Mayat mangsa yang dibuang ke dalam sungai ditemukan tidak lama selepas itu dan kedua-dua suspek kini ditahan.

Polis Indonesia yang menjalankan proses lakonan semula kes pembunuhan pada Jumaat mengesahkan hanya dua suspek terlibat.

Motif kejadian dipercayai akibat dendam membabitkan hutang. Sumber:Astro Awani , Editor:Farhana