Rabu, 10 Januari 2018

`Mat Bangla' Ratah Wanita


KUALA LUMPUR: Seorang wanita tidak bernasib baik apabila satu kejadian menimpa dirinya di mana dia telah dirogol oleh lelaki warga Bangladesh ketika dia sedang mabuk di sebuah hotel di Jalan Imbi, Kuala LUMPUR semalam.

Mangsa yang berusia 30 tahun itu dikatakan sedang mabuk sehingga dia tidak sedarkan diri dan hanya menyedari dirinya diperkosa selepas terjaga daripada tidur dalam keadaan separuh bogel.

Menurut sumber yang dipercayai, kejadian terbabit dikatakan berlaku apabila mangsa diajak keluar untuk minum oleh suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an di kawasan Bukit Bintang selepas tamat waktu bekerja.

Mangsa yang hanya bekerja sebagai seorang pelayan itu bersetuju untuk keluar bersama walaupun hanya baharu mengenali lelaki warga asing terbabit.

Suspek juga dikatakan cuba memujuk mangsa untuk mencuba minum minuman keras terbabit dalam jumlah yang banyak sebelum wanita itu berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.

Akibat daripada itu, lelaki terbabit mengambil kesempatan dengan membawa mangsa ke sebuah hotel di Jalan Imbi sebelum merogolnya berulang kali.

Kejadian itu telah mengakibatkan mangsa kini berada dalam keadaan trauma serta terkejut dan dia juga dikatakan hampir mengambil tindakan untuk membunuh diri.

Akhirnya, mangsa tampil ke Balai Polis Dang Wangi untuk membuat laporan berikutan tidak tahan menanggung penderitaan tersebut.

Hasil daripada siasatan awal mendapati mangsa baru saja mengenali suspek dan sebelum ini tidak pernah keluar bersama dengan suspek yang dilihat mempunyai berperwatakan baik itu. Sumber: Mymetro, Editor: Amira