Mati Dalam Pelukkan Kekasih Gelap


Pada zaman kini, terlalu banyak ragam manusia dan antaranya adalah kecurangan suami isteri yang tidak mahu menjaga pasangan sendiri malahan bermain cinta dengan pasangan orang lain.

Bukan sahaja tidak mampu memuaskan hasrat batin pasangan sendiri malahan sanggup mengambil ubat kuat untuk memuaskan pasangan orang lain sehingga membahayakan nyawa sendiri.

Hal ini terjadi kepada pasangan kekasih Wanto, 53, dan Janatun, 44, apabila pasangan dua sejoli yang masing-masing telah berkahwin menjalin hubungan cinta berakhir tragedi apabila Wanto menemui ajalnya dalam pelukan Janatun di sebuah bilik hotel, di Jalan Panglima Sudirman, Lamongan, pada Selasa 2 Januari.

Kejadian itu terjadi pada awal bulan Januari 2018 dan menjadi hari yang mengejutkan bagi pasangan kekasih yang tinggal di Dusun Sekaran RT 06 RW Desa Sekarbagus, Kecamatan Sugio, Kabupaten Lamongan.

Mereka membuat temu janji untuk berjumpa dan saling memuaskan hasrat masing-masing dalam sebuah hotel.

Setelah selesai membuat hubungan, Wanto menerima nasib malang yang sangat tragis.

Polis membuat siasatan ke atas wanita yang dipercayai kekasih Wanto dan wanita itu mengaku bahawa Wanto mengambil ubat kuat dan tewas kerana ubat itu setelah memacu syahwat bersama isteri orang.

Lelaki itu menunjukkan kuasa yang luar biasa ketika diranjang namun ketika melakukannya jantungnya berdegup kencang lalu jatuh pengsan.

Tubuhnya kaku lalu menghembuskan nafas terakhir ketika masih dalam pelukan kekasihnya.

Janatun yang dalam keadaan panik terus melaporkan kejadian itu kepada petugas hotel.

Petugas hotel segera ke bilik di mana lokasi mangsa tewas dan mendapati mangsa sudah terbujur dan tidak bernyawa lalu menghubungi pihak polis dengan segera.

Sebelum bedah siasat di jalankan, Janatun dibawa ke balai polis untuk memberi keterangan.

Sementara ini pihak polis sedang membuat surat pengebumian dan mengesahkan kematian mangsa.

Pihak polis turut berkata, dalam kes ini status Janatun adalah hanya saksi kejadian namun ada aduan lain dari isteri mangsa dan suami Janatun mengatakan pasangan kekasih itu sedang dalam perselungkuhan. Sumber: Berite Tangga , Editor:Farhana