Isnin, 8 Januari 2018

Maut Dihempap Lori Balak.


GUA MUSANG: Seorang pemandu lori muatan balak dipercayai maut selepas dihempap lori yang dipandunya yang dikatakan terbalik di Kilometer 8 Jalan Gua Musang – Jeli semalam.

Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar jam 3.30 petang dan mangsa yang dikenali dengan nama Hee Beng Chye berusia 71 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan badan dan dia dikatakan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, ketika kejadian mangsa dikatakan memandu lori yang sarat dengan muatan balak ketika berada dalam perjalanan dari Pos Pulat ke Gua Musang.

Walaubagaimanapun, ketika lori tersebut dikatakan sedang menuruni bukit di lokasi kejadian, lori yang dipandu mangsa terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum mangsa tercampak keluar dan ditimpa kenderaan berat terbabit.

Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kepala treler itu dan ia mengambil mangsa kira-kira sejam dengan menggunakan kren.

Hasil daripada pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk di bedah siasat.

Menurut pihak polis lagi, kemalangan itu telah mengakibatkan 25 batang kayu balak bergelimpangan di atas jalan dan telah menyebabkan kesesakan teruk. Sumber: Mymetro, Editor: Amira