Isnin, 15 Januari 2018

Mayat Azlan Telah Berjaya Di Bawa Turun Dari Gunung Nuang


KUALA LUMPUR: Seorang pendaki yang dipercayai seorang ahli perniagaan telah terjatuh semasa memanjat Gunung Nuang, Hulu Langat akhirnya menemui ajal. Mayat pendaki itu telah ditemui oleh pasukan penyelamat,kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Azlan Yahya ,47 mayatnya telah ditemui pada pukul 10.50 pagi dan telah berjaya dinaikkan sebelum dibawa ke Kem Pacat pada pukul 5 petang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, berkata pasukannya sedang berusaha untuk membawa mayat mangsa ke Kem Lolo sebelum dibawa turun.

"Mayat mangsa dijangkakan akan dapat diturunkan sekitar jam 2 atau 3 pagi,namun kita tidak dapat menganggarkan masa yang tepat kerana perlu melalui cerun-cerun bukit yang agak curam dan licin.
.
"Ini kerana Gunung Nuang ini memang tinggi dan usaha membawa turun mayat mangsa memang mengambil masa," katanya dalam satu kenyataan ringkas, tadi.
Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff,Ketua Polis Daerah Kajang berkata pihaknya telah mengesahkan menerima satu panggilan kecemasan pada pukul 1.30 tengah hari.

Laporan juga mengatakan bahawa seorang lelaki terjatuh berhampiran puncak Gununh Nuang.

Pada jam 3.15 petang operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan sepasukan anggota yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Sumber: Berita Harian. Editor: Ila