Selasa, 9 Januari 2018

Mayat Bayi Di Curi Dari Bilik Mayat Oleh Pemuja Syaitan


ARGENTINA: Sepasang suami isteri, Alberto Aranda dan Mara pergi melawat anaknya, Ciro pada malam Krismas tetapi apa yang mengejutkan adalah mereka mendapati mayat bayi berusia satu tahun itu tiada di dalam keranda.

Ibu bapa mangsa mendakwa bahawa mayat bayi terbabit berkemungkinan telah dicuri dari rumah mayat oleh anggota ‘kultus satanik’.

Anak pasangan terbabit yang berusia 14 bulan itu dikatakan meninggal akibat radang paru-paru pada 10 Disember yang lalu tetapi mayatnya telah ditahan di ruang penyimpanan khas di sebuah tanah perkuburan di Argentina.

Alberto memberitahu bahawa mereka sekeluarga tidak mempunyai perancangan khas untuk menyimpan mayat anaknya itu.

Mereka dikatakan menyimpan mayat terbabit di dalam sebuah bilik kecil yang berkunci dengan alasan ruangan baru untuk mengebumikan anaknya itu akan tersedia pada musim panas akan datang.

Menurut seorang peguam, ibu bapa mayat berkenaan mendakwa bahawa mereka mempunyai bukti yang menunjuk kepada 'kultus satanik' di sebuah bandar kecil Otamendi, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Miramar di Wilayah Buenos Aires Argentina.

Dr Ana Maria Caro, seorang pendakwa terkemuka yang bertanggungjawab mencari mayat terbabit, melaporkan bahawa pihak berkuasa sedang mencari mangsa di kawasan ladang-ladang tempatan dan juga kawasan sekitar.

Dr Caro juga menyatakan bahawa siasatan awal menunjukkan bahawa dakwaan yang dibuat keluarga mungkin betul.

Selepas beberapa orang penduduk berdiam diri, pendakwa turut berkata bahawa terdapat beberapa ‘sekte satanik’ yang dikatakan beroperasi di kawasan Otamendi dan turut menjalankan ritual.

Mereka berharap agar penyiasatan mereka semua akan membuahkan hasil.

Difahamkan ini bukanlah kali pertama kes yang membabitkan kultus setan berlaku di Argentina.

Pada bulan lepas, pihak berkuasa telah menangkap Miguel Angel Jimenez di rumahnya di Quimili di wilayah utara Santiago del Estero.

Pengeluar kapas itu dikatakan bertindak sebagai dalang utama yang melibatkan penderaan seksual dan pemecatan Mario Salto yang berusia 11 tahun, yang berlangsung di kota Santiago pada Julai 2016.Sumber: Mirror.co.uk, Editor: Amira