Mayat bayi dibungkus plastik, disumbat dalam beg



PETALING JAYA: Seorang mayat bayi perempuan yang dibungkus didalam beg plastik dan disumbat didalam beg galas ditemui oleh seorang pemancing di Tasik Seksyen 6, Kota Damansara pada jam 5.00 petang semalam. 

Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din selaku Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, mayat berkenaan ditemui oleh pemancing yang berwarganegara Indonesia ketika sedang memancing di kawasan berkenaan.

Berdasarkan hasil siasatan, pemancing berkenaan dikatakan menemui beg galas yang berwarna hitam yang ditinggalkan di atas rumput di sekitar tasik itu.

Lelaki berkenaan dikatakan kemudiannya membuka beg galas terbabit sebelum menemui beg plastik yang berisi mayat bayi perempuan.

"Pemancing berkenaan kemudiannya menghubungi rakannya sebelum bertindak menghubungi polis," kata Mohd Zani.

Polis kini masih lagi menyiasat sama ada bayi berkenaan baru dilahirkan ataupun sebaliknya.


Tambahnya lagi, punca kematian sebenar bayi itu akan diketahui selepas selesainya proses bedah siasat. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira