Mayat seorang lelaki bertatu Di temui Di Tanjung karang


TANJONG KARANG 3-Pasukan mencari dan menyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang di Sungai Tengi telah menemui mayat seorang lelaki bertatu yang belum dapat dikenal pasti identiti di Sungai Tengi, pada hari ini.

Mayat tersebut ditemui dalam keadaan tersangkut pada ranting pokok di tepi sungai dalam keadaan telangkup pada pukul 10.45 pagi.

Selepas orang ramai menemukan mayat tersebut di kawasan Kunci Air Buang malam semalam dan memaklumkan kepada pihak polis, operasi menyelamat telah dijalankan.

“Malam tadi, sebaik menerima panggilan pada pukul 10.14 malam daripada polis, seramai lapan pegawai dan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Bagaimanapun, operasi pada malam itu gagal menemui mayat tersebut sebelum operasi mencari disambung pukul 8 pagi hari ini,” kata Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1, Shamsul Anuar Antang kepada pemberita di sini hari ini. Sumber:Sinar Harian , Editor:Farhana