Rabu, 10 Januari 2018

Mayat Terapung Di Laut Ditemui


PULAU PINANG: Seorang mayat lelaki yang tidak mempunyai identiti telah ditemui terapung di perairan laut lebih kurang 4.3 batu nautika di barat daya Pulau Kendi, Pulau Piang pada 10.40 pagi semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, pihaknya dikatakan telah  menerima satu panggilan telefon dipercayai saksi daripada seorang lelaki tempatan pada jam 10.40 pagi.

Dalam laporan itu, pihak Maritim Malaysia telah dimaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki berkenaan yang dalam keadaan terapung di perairan Pulau Kendi semasa saksi dikatakan ingin pergi memancing.

Sepasukan pegawai dan anggota Maritim Malaysia Daerah 2 bersama sebuah bot telah dikerah untuk meninjau lokasi mayat yang ditemui itu.

Mayat kemudiannya telah dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung dan diserahkan kepada pihak polis Teluk Kumbar untuk tindakan lanjut.

Tambahnya lagi, pihaknya ingin menasihatkan kepada orang awam agar sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti di laut kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Sumber: Mymetro, Editor: Amira