Mayat Yang Di Sah Mati, Tiba-Tiba Berdengkur


SEPANYOL: Seorang banduan lelaki di utara Sepanyol yang disahkan meninggal dunia oleh tiga doktor mengejutkan kakitangan hospital apabila dia berdengkur di atas meja bedah siasat dan sebenarnya masih hidup.

Gonzalo Montoya Jimenez, 29  ditemukan tidak sedarkan diri di dalam selnya pada ahad dan dipercayai sudah meninggal dunia.

Tiga doktor forensik didakwa memeriksa Jimenez dan mengesahkan kematiannya.

Empat jam kemudian, dia didengari mengeluarkan bunyi sebaik sebelum prosedur autopsi dilakukan ke atasnya.

Badan suspek turut sudah di tanda sebagai panduan untuk melakukan proses bedah siasat dan ini menandakan pengesahan kematian itu bukan baru dibuat.

Suspek kini sudah sedarkan diri dan berada dalam unit rawatan rapi di Hospital Universiti Pusat Asturias di Oviedo, Sepanyol. Sumber: Suara TV - Editor: Amylea Nazrul