Misteri Disebalik Plastik Sampah


TANAH MERAH – Sebungkus plastik hitam yang berbau busuk di temui seorang penduduk kampung dan disangka kes pembuangan bayi Kampung Hutan Lanjut, rupa-rupanya berisi sisa perut haiwan yang sudah berulat.

Pok Su Bisu dari Chekok Ipoh terhidu bau busuk ketika sedang menebas di kawasan berkenaan beberapa hari lalu.

Pok Su Bisu mengajak dua penduduk untuk memeriksa plastik sampah yang mencurigai tersebut kira-kira jam 6 petang semalam dan mendapati isi kandungannya sudah berkulat.

Mereka menyangka isi plastik sampah itu adalah janin bayi dan melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, susulan laporan dibuat penduduk, pegawai penyiasat dihantar ke tempat penemuan untuk siasatan awal.

"Hasil pemeriksaan awal, isi kandungan plastik sampah yang sudah berulat ini adalah sisa perut binatang dan bukannya janin bayi," katanya ketika dihubungi.

Suzaimi Mohamad berkata berita yang tular dalam laman sosial Facebook yang mengaitkan penemuan itu dengan kes buang bayi adalah tidak benar.

Beliau meminta orang ramai agar tidak cepat menyebarkan berita yang tidak pasti kebenarannya terutama yang boleh menimbulkan rasa tidak tenteram. Sumber:Sinar Harian , Editor:Farhana