Musnah Dijilat Api


MERSING: Satu kejadian kebakaran telah berlaku membabitkan satu keluarga di Lot 1330, Kampung Chek Wok, Sri Pantai, Mersing, hari ini.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku sekitar jam 7.50 pagi.

Kebakaran tersebut dipercayai hanya membabitkan satu buah rumah sahaja yang didiami oleh 5 orang ahli keluarga.

Mangsa, Jumaat Bin Ramli, 33, Saripah Bt Mad Dali, 43 dan tiga orang anak mereka iaitu Mohd Taslim Akmal Daniel, 11, Siti Thafiqah Akma Dahlia, 8, dan Mohd Thaqif Akmal Dzakir, 6, dipercayai tiada di rumah semasa kejadian.

Kesemua mangsa tersebut dikatakan berada dalam perjalanan untuk ke tempat kerja dan juga sekolah.

Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Punca kebakaran dalam jumlah kerugian kebakaran tersebut masih lagi belum diketahui.

Pihak polis akan segera menyiasat kes ini.

Dalam pada masa yang sama, kesemua mangsa buat masa sekarang menumpang di rumah keluarga angkat mereka yang terletak tidak jauh dari lokasi kebakaran.Editor: Myra