Jumaat, 12 Januari 2018

Nabila Razali Dituduh Tiru Gaya Neelofa Kerana Jaket Cumi-Cumi


Fesyen yang digayakan oleh penyanyi Nabila Razali menerusi muzik video Pematah Hati memang agak ‘style’.
Nabila menggayakan jaket yang kelihatan melondeh dan mempunyai nama sendiri iaitu ‘Style Jaket Cumi-cumi’ katanya bukan saja-saja pakai begitu tetapi ada sebabnya. 
Ianya adalah trend terkini dan pernah digayakan Neelofa sabelum ini, malahan ada yang menuduh Nabila meniru gaya Neelofa dengan cara pemakaian tudung lebih kurang sama.
Namun menurut Nabila, ianya hanya kebetulan dan stylist yang cadangkan fesyen tersebut serta tiada isu meniru gaya siapa-siapa seperti yang didakwa oleh netizen.
“Sebenarnya kebetulan sahaja. Dalam video itu memang saya banyak pakai jaket style off-shoulder macam tu.
Tambahnya lagi, dia mempunyai perancangan baru untuk tahun 2018 iaitu untuk menjadi seorang trendsetter.
“Saya haraplah apa yang saya buat lepas ni orang akan follow eh?”
“Saya nak bagi kredit pada stylist sebab dia yang cadangkan sampai orang panggil style Cumi-Cumi. Editor:Farhana