Sabtu, 13 Januari 2018

Neelofa Dan Chef Zam Terima Anugerah The Grandeur International Business Award


Terbaru usahawan wanita tudung Naelofar Hijab ,pelakon dan pengacara rancangan Meletop, Neelofa serta Chef Selebriti , Chef Zam telah mendapat anugerah semperna Grandeur & Elegante International Business Award 2017| 2018.

The Grandeur International Business Award & The Elegante International Business Award ini telah dianjurkan oleh Elgante Muse International.

Tujuannya meraikan 50 orang usahawan lelaki dan 50 orang usahawan wanita yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Selain itu, ianya juga sebagai contoh yang terbaik kepada masyarakat diluar sana untuk menjadikan mereka ini sebagai 'roll model'.

Mereka yang menerima anugerah ini dilabelkan sebagai Extraodinaire Malaysia yang layak diberikan anugerah. Semestinya kisah perjalanan sebelum mereka berjaya akan menjadi sumber inspirasi untuk usahawan-usahawan yang lain untuk memulakan peniaga mereka.

“Pengiktirafan ini amat bermakna kepada saya dan ia pasti akan menjadi platform lain untuk digunakan dalam mengembang kan dan memperluas kan jenama saya. Ini pastinya bukan tanda untuk jenama saya bergerak perlahan, tetapi motivasi untuk saya pergi lebih jauh! – Neelofa”

Pada 11 Januari yang lalu majlis itu dia adakan di St.Regis,hotel. Ramai para usahawan-usahawan yang telah berjaya turut hadir bagi menjayakan majlis ini.

Neelofa di anugerah kan ,Elegante Top Emerging Enterpreneurs bagi jenama Naelofar Hijab. Sememangnya beliau cukup bijak menggunakan popularitinya yang kian naik ini sebagai satu tarikan para pelanggan.

Manakala Profesor Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali Chef Zam telah menerima anugerah Grandeur International Personality Award atas kejayaan beliau sebagai Pengetua serta Pengarah Urusan untuk Silverspoon International College dan Silvertech International College.Editor: Ila