Ahad, 14 Januari 2018

Nelayan Palestin Ditembak Tentera Mesir


BAITULMAQDIS : Seorang nelayan Palestine menemui ajalnya apabila ditembak oleh tentera laut Mesir pada malam jumaat berhampiran bandar Rafah yang bersempadan dengan Mesir, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qidra.

Mangsa tidak dapat disahkan sama ada cuba menyeberangi sempadan perairan Mesir atau tidak

Kebiasaannya tentera laut Mesir akan melepaskan tembakan ke arah penduduk Gaza yang didakwa cuba menyeberangi sempadan perairan.

Nelayan Gaza dikatakan kerap menangkap ikan di kawasan Mesir sebagai cara mengatasi sekatan yang dibuat oleh tentera laut Israel terhadap mereka.

Nelayan Gaza turut berkata, zon perikanan terhad yang dikenakan Israel tidak cukup untuk memenuhi keperluan 2 juta penduduk kawasan itu. Sumber:Berita Harian , Editor:Farhana