Khamis, 11 Januari 2018

Netizen Kecam Joy Revfa Sentuh Bahu Aliff Syukri.


Joy Revfa baru-baru ini telah mencetuskan provokasi gara-gara sekeping gambar yang dimuatnaik di laman sosial Instagram milik Aliff Syukri.

Gambar tersebut mendapat kritikan yang banyak daripada pengguna laman sosial terbabit di mana rata-ratanya mengecam tindakan Joy yang mana menampakkan dia menyentuh bahu Dato Aliff dengan posisi yang agak rapat.

Difahamkan, foto yang tular itu adalah sesi fotografi bagi keluaran produk tudung terbaharu kerjasama di antara Joy dan Aliff yang mana turut menampilkan pengacara, Nadia Anuar.

Tidak mahu berselindung lagi, kini tuan empunya badan tampil untuk menjelaskan isu yang sebenarnya.

Menurutnya, sewaktu sesi fotografi dijalankan, dia diarahkan untuk menyentuh bahu Dato Aliff tetapi ianya berlapik dan hanya bersentuhan beberapa saat sahaja semasa di sebalik tabir fotografi tersebut.

Namun, dia tidak menyangka bahawa perkara sebegitu akan mendapat kecaman daripada netizen sehingga isu tersebut menjadi hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Rata-rata netizen dikatakan mengecam tindakan Joy itu dan ada juga dalam kalangan mereka yang turut berkongsikan mengenai pandangan agama supaya Joy mengambil tahu batas-batas pergaulan dalam Islam.

Walaubagaimanapun, rata-rata pengguna tetap berpendapat bahawa bersentuhan di antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim secara tidak sengaja meskipun berlapik dan berniat untuk menyentuhnya adalah haram.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai gosip yang menyatakan bahawa dia kini sudah bertemu kekasih hati, wanita yang berusia 30 tahun itu menafikan dakwaan tersebut.

Katanya, dia kini masih tidak mahu lagi memikirkan soal cinta mahupun kahwin namun dia hanya ingin memberi sepenuh perhatian kepada putera kesayangannya, Arryan Firdaus.

“Alhamdulillah, kehidupan saya hari ini semakin bahagia. Tetapi soal nak bercinta atau berkahwin lagi itu saya belum fikirkan lagi.”

“Saya masih belum lagi menemui pengganti dan gosip yang mengatakan saya sudah ada pengganti itu pun tidak benar,” ujarnya.

Joy Revfa pernah mencetus kontroversi panas dalam dunia hiburan mengenai konflik rumah tangganya bersama bekas suami, penyanyi Hafiz Hamidun yang berakhir dengan perceraian pada 25 Oktober 2017. Sumber: Mynewshub, Editor: Amira