Ngeri!!! Cacing Pita Sepanjang 2.8 Meter Dijumpai Dalam Usus Manusia



SINGAPURA - Pihak hospital telah memberitahu kepada seorang pesakit bahawa terdapat seekor cacing pita sepanjang 2.8 meter di dalam ususnya dan pesakit itu telah mengalami kejutan seumur hidup setelah mendengar berita itu.

Berikutan penemuan tersebut, Jabatan Mikrobiologi di Hospital Besar Singapura berkata cacing pita tersebut perlu dilipat sebanyak 18 kali untuk dimuatkan dalam satu gambar,

Menurut pesakit tersebut, dia tidak mendapat sebarang tanda bahawa parasit itu sedang membesar di dalam tubuh badannya.

“Pesakit itu agak terkejut apabila cacing itu dikeluarkan melalui rektum,” jelas pakar penyakit berjangkit Profesor Hsu Li Yang.

Di petik dari The Sunday Times, Profesor Hsu pernah berkongsi pada tahun 2016, punca jangkitan parasit itu adalah akibat makan makanan yang tidak masak atau separuh masak.



Pada awal bulan ini The Washington melaporkan terdapat seorang lelaki berusia 30 tahun hampir setiap hari makan ikan mentah sehinggakan dijangkiti cacing pita yang telah membesar di bahagian belakang tubuhnya dengan panjang 1.6 meter.

Dalam kejadian tersebut, lelaki itu dikatakan mengalami kekejangan perut serta cirit-birit berdarah selepas makan sashimi dan dipercayai cacing pita itu telah keluar dari bahagian duburnya dan ternyata masih hidup dan bergerak.

Pofessor Hsu berkata tiada parasit lain yang boleh membesar sepanjang 2.8 meter dalam sistem tubuh manusia selain cacing pita.

“Persoalannya ialah cacing pita jenis apa, kerana itu akan membantu mengetahui punca jangkitan tersebut,” jelas Profesor Hsu.

Cacing pita dewasa memiliki kepala, leher dan rantaian segmen yang dikenali sebagai proglottid dan dipercayai semasa jangkitan usus berlaku, kepala cacing pita tersebut akan melekat pada dinding usus dan proglottid itu menghasilkan telur.

Punca jangkitan ini selalunya terjadi kepada mereka yang makan daging babi, daging lembu atau ikan dalam keadaan separuh masak.

Jangkitan cacing pita itu dijangkakan telah meningkat selama bertahun-tahun di Singapura dan juga negara lain di mana penggunaan ikan mentah meningkat, namun tiada data direkodkan untuk kenal pasti peningkatan statistik tersebut. Editor:Farhana