Ngeri,Tiga Sekeluarga Di Bunuh Dengan Kejam


MEDAN: Tiga sekeluarga telah ditemui mati, termasuk seorang budak lelaki berusia 8 tahun dalam keadaan kepala terpisah dari badan dipercayai telah dibunuh oleh seorang lelaki Acheh berhampiran Gempong Mulia kelmarin.

Mangsa seorang pengusaha berketurunan cina yang berasal dari Medan ditemui kira-kira jam 10.30 malam.

Manakalah,mangsa yang ketiga ditemui dalam keadaan mengerikan , Minari (isteri) pula telah ditemui dalam keadaan tanpa pakaian dan bermandian darah, manakala mayat suaminya berhampiran bilik mandi dengan tubuh yang penuh dengan kesan luka tikaman di badan.

Adik lelaki mereka pula ditemui di ruang tamu dalam keadaan kepala terpisah dari badan dipercayai telah disembelih menggunakan sebilah parang tajam.

Petang semalam pihak polis berjaya menangkap seorang lelaki di Badara Kualanamu,Medan yang cuba melarikan diri ke Malaysia .

Reskrimum Polda  Sumut Kombes (Pol) Andi Rian menyatakan kepada media suspek masih lagi dalam pemeriksaan lanjut dan motif pembunuhan dikatakan berkaitan untuk membalas dendam. Editor: Ila