Ahad, 14 Januari 2018

Padah Suami Kantoi Curang,Isteri Kedua Nekad Untuk Membunuhnya


INDONESIA – Seorang wanita yang dikenali sebagai Sari Purwati, 44, dipercayai isteri kedua kepada seorang lelaki bernama Amrin, 62, telah membunuh suaminya yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Ketua Polis Riau, Susanto berkata kejadian itu berlaku di Pekanbaru, Riau dimana suspek melakukannya bersama lima orang yang membantunya termasuk anak tiri mangsa.
“Enam orang yang dipercayai membelasahnya sehingga mati sudah ditangkap termasuk isteri kedua. Semuanya anggota satu keluarga.

“Kami turut menyoal wanita disyaki kekasih mangsa yang dikenali sebagai BL berusia 29 tahun. Wanita terbabit turut diikat dan dipaksa menyaksikan mangsa dibelasah,” katanya.

Kejadian berlaku di sebuah rumah kira-kira 12.45 tengah malam, semalam di Jl Kubang Raya, Kel Tuah Madani, Kec Tampan, Pekanbaru.


Susanto berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan untuk mengetahui peranan setiap suspek yang ditahan. Sumber:Harian Metro , Editor:Farhana