Pak Arab Tertinggal Duit Tunai Hampir RM45.000 Di Dalam Kereta Pemandu Pelancongan.


Wang boleh membuatkan seseorang lupa diri dan menjadi gelap mata namun tidak kepada seorang pemandu pelancong yang dikenali sebagai Rahman apabila dia menjumpai sejumlah wang yang bernilai RM45 000 dipercayai milik seorang pelancong warganegara Arab.

Setelah menjumpai wang tersebut, dia segera menghubungi pelancong itu untuk memulangkan kembali wangnya. 

Rahman berkata, pelancong itu sendiri tidak dapat mengingati di mana dia tinggal wang tersebut.

Menurut Rahman, sepanjang dua puluh tahun dalam industri pelancongan apa yang dipelajarinya adalah amanah kerana itu adalah kunci keberkatan rezeki. Sumber:Rahman Pelancongan Pintar , Editor:Farhana