Selasa, 9 Januari 2018

Panggilan solat zohor yang terakhir


INDONESIA: Seorang lelaki anggaran usia 35 tahun maut dalam keadaan yang amat mengerikan. Mangsa dipercayai terjatuh ketika sedang memetik buah mangga dikebun miliknya dekat Dese Lete Wungana Nusa Tenggara Barat.

Nusa Tenggara Barat ialah sebuah wilayah selatan tengah Indonesia. Ianya merangkumi bahagian barat  Kepulauan Sunda Kecil tetapi tidak termasuk pulau Bali.

Dua pulau terbesar di wilayah ini Lombok di barat dan Sumbawa di timur.

Pemilik tanah bersebelaha kebun mangsa berasa pelik ketika kali pertama beliau memberi sahutan untuk pulang namun tiada sebarang balasan yang diterima.

Mangsa dimaklumkan tergelincir sebelum terjatuh lalu tubuhnya tertusuk ke dalam tunggul kayu tajam sebesar kaki yang tumbuh tepat di bawah pohon mangga miliknya.

Mangsa dipercayai meninggal dunia ditempat kejadian sekitar jam 11 pagi semalam. Namun berita ini diketahui kira-kira jam 1:30 selepas pemilik tanah sebelah kebun milik mangsa hendak memanggil untuk pulang melaksankan solat zohor. Editor: Ila