Papa Gomo Vs Sajat : Video Kedua Papa Gomo Untuk Sajat


JIKA semalam kecoh di media sosial tentang aduan Papa Gomo Berkenaan isu sajat kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Dato Sri Jamil Khir. Hari Ini pula kecoh bila Papa Gomo memuat naik satu lagi video maklum balas kepada isu Sajat menyatakan dirinya sering menghantar pesanan melalui aplikasi instagram tetapi tidak di balas oleh sajat

Sajat mendakwa  Papagomo selalu menghantar mesej dan komen di instagramnya  tetapi tidak pernah dilayan, oleh sebab  Sajat tak melayan masej-masej Papa Gomo  di instagram lalu Papagomo membuat aduan kepada menteri. Selain itu Sajat juga mendakwa yang segala tindakkan Papa Gomo hanya untuk menaikkan populariti Papa Gomo dan mengaut keuntungan dari populariti tersebut.
  
Ini respons sajat, bahawa semalam ada seseorang yang memberitahu kepada menteri bahawa isu jantina Sajat, ramai orang diluar sana sangat menyokong apa segala perbualan dan tindakan lelaki yang mengata kan kepada Sajat. Bahawa lelaki itu telah memberitahu di dalam media sosial Facebook.

Sajat berkata dia juga memberi respons kepada atas segala apa yang dituduh buat lelaki itu, Sajat memberitahu bahawa "sejak akhir - akhir ini Sajat sering diganggu oleh lelaki itu, selalu sangat menghantar pesanan mesej" melalui instagram Sajat.

Tetapi Sajat tidak pernah layan lelaki itu namun sajat berkata adakah lelaki itu berdendam?

Dalam video yang berdurasi 9 minit tersebut Papa Gomo mengakui tindakkannya menghubungi Dato Sri Jamil Khir dan memahami semua jawapan yang di berikan oleh Dato Sri.

Selain Itu Papa Gomo juga menyokong inisiatif pihak  JAKIM untuk berjumpa dengan Sajat setelah perkara ini menjadi tular di media sosial.

Seterusnya Papa Gomo menyangkal segala dakwaan Sajat yang mana segala tindakkan yang di buat ke atas Sajat hanya untuk promosi gim beliau yang baru di buka. Tetapi beliau menerangkan bahawa tindakkan beliau menghantar masej-masej tersebut agar Sajat memberi maklumbalas kepada beliau, setelah Sajat memberikan maklumbalas barulah beliau memulakan langkah yang ke dua.

Bagi menjawab isu kedua yang di timbulkan oleh Sajat, Papa Gomo menjelaskan beliau tidak dengki kepada Sajat tetapi beliau marah atas tindakkan Sajat menipu orang ramai dengan menyatakan diri Sajat merupakan seorang wanita sedangkan sebaliknya serta tindakkan Sajat yang menjatuhkan martabat wanita sebenar.. Beliau juga mencabar Sajat untuk berlaku jujur membuktikan jantina sebenarnya.

Papa Gomo juga menyatakan terdapat sebilangan rakan-rakan Sajat yang menghubungi malah ada yang mengugut anak serta isteri beliau.

Selain itu Papa Gomo juga menjelaskan terdapat segelintir remaja yang berperwatakkan lembut di  luar sana menjadikan Sajat sebagai idiola mereka kerana tiada apa-apa tindakkan yang di ambil terhadap Sajat oleh mana-mana pihak berkuasa sedangkan jika dahulu golongan seperti Sajat ini takut untuk menonjolkan diri di khalayak ramai tetapi kini bebas berleluasa.

"Operasi Banteras Sajat" tidak akan di hentikan selagi Sajat tidak meminta maaf secara terbuka serta menerangkan perkara yang sebenarnya.

Akhir sekali teguran Papa Gomo terhadap teman lelaki Sajat ,Coach Yen yang secara terang - terangan menjalinkan hubungan dengan Sajat menyebabkan golongan pengemar sukan bina badan di gelar lelaki "kuyit"

Anda juga boleh scroll sampai ke bawah pasti ada cerita yang menarik buat anda baca. Terima kasih, sekian. - Editor: Amylea Nazrul