Pasangan Ini Terjumpa Hadiah Semasa Hari Perkahwinan, Apabila Dibuka Rupa-Rupanya.........


Sepasang suami isteri dari Michigan ini telah berkahwin terlalu lama iaitu sedekad yang lalu.

Ketika majlis perkahwinan, mereka ada menerima sebuah hadiah yang unik dan agak misteri tanpa mengetahui isi di dalamnya.

Namun begitu, sebaik sahaja menerimanya, mereka tidak terus membuka hadiah tersebut kerana mereka pasti di dalamnya itu ada rahsia untuk perkahwinan yang bahagia.

Selepas sembilan tahun melayari bahtera bersama, akhirnya mereka memutuskan untuk membuka hadiah tersebut.

Pasangan berkenaan iaitu Kathy dan Brandon Gunn yang berasal dari Northville telah berkahwin sejak tahun 2007 lagi.

Menceritakan detik-detik berkenaan, pada tahun 2016, pasangan itu teringat bahawa ada beberapa hadiah perkahwinan mereka yang tidak dibuka lagi.

Kathy sedar bahawa ada hadiah yang masih belum dibuka iaitu hadiah dengan nota yang berbunyi “Do not open…” (Jangan buka) yang diterima mereka sembilan tahun yang lalu.

Menerusi laman Facebook Love What Matters, Kathy menulis bahawa terselit satu nota kecil di hadiah itu yang berbunyi “Do not open until your 1st disagreement.”

Hadiah tersebut khabarnya adalah pemberian nenek saudaranya, Alison khusus buat pasangan terbabit.

Dalam pada masa yang sama, Kathy turut mengakui bahawa dia dan pasangannya telah banyak mengalami perselisihan faham.

“Secara jujur saya fikir kami berdua mengelak untuk membuka kotak itu, kerana itu melambangkan kegagalan kami,” kata Kathy.

Dia turut memberitahu bahawa mereka fikir kotak tersebut mengandungi ‘kunci untuk menyelamatkan perkahwinan,’ memandangkan nenek saudaranya itu telah berkahwin hampir setengah abad.

Selama sembilan tahun, kotak itu berada di almari sehingga mereka memutuskan untuk membukanya pada Mei 2016.

“Hari ini, kami memutuskan untuk membuka kotak itu, kerana akhirnya saya mula sedar,” kata Kathy.

Sejurus sahaja membuka kotak terbabit, mereka melihat dua sampul yang mengandungi wang tunai berjumlah $200 (RM848.80) untuk setiap satu, dua gelas wain, bekalan mandi dan dua keping nota khas untuk Kathy dan Brandon.

Nota kecil tersebut buat Kathy berbunyi, “Dapatkan piza, udang atau apa sahaja yang kalian suka dan mandi,” manakala untuk Brandon pula berbunyi, “Dapatkan bunga dan sebotol wain.”

Kathy mula menyedari bahawa ‘alat’ untuk memastikan perkahwinan mereka terus bahagia dan kekal bukanlah terletak di dalam kotak itu tetapi terletak dalam diri mereka sendiri.

Mereka kemudiannya memberitahu nenek saudaranya bahawa mereka sudah membuka hadiah tersebut dan wanita tua itu menganggap apa yang dilakukan pasangan ini adalah sesuatu yang hebat.

Dia tahu bahawa pemberiannya itu tidaklah seberapa tetapi dia tidak menyangka bahawa ianya begitu istimewa buat Kathy dan Brandon.

Khaty turut menambah bahawa kotak itu mengandungi sesuatu di luar jangkaannya dan ianya adalah hadiah perkahwinan yang paling luar biasa buatnya.

“Adakalanya ia mengajar kami tentang toleransi, memahami antara satu sama lain, kompromi dan kesabaran,” kata Kathy. 

“Perkahwinan kami bertambah kuat kerana kami adalah kawan baik, pasangan dan rakan sepasukan.” Sumber: Era Baru, Editor: Amira