Pasangan Kekasih Mati Ketika Acara Pemujaan Syaitan



KELAFONIA – Lilia Botusheva, 23, dan kekasihnya, 30, dijumpai dalam keadaan yang mengerikan.

Mereka menyambut upacara pemujaan syaitan dan dipercayai mengorbankan diri dalam upacara tersebut di Pulau Yunani.

Mayat Lilia Botusheva, 23, dan kekasihnya, 30, ditemui dalam bilik dengan keadaan dipenuhi dengan darah, pisau dan lilin, dan kedua-duanya mengalami kecederaan yang membawa maut.

Keluarga Lilia di Bulgaria melaporkan kehilangannya pada Julai dan memberitahu Lilia memakai pentagram di lehernya.

Polis dan pasukan bedah siasat melaporkan Lilia membunuh diri sendiri sebelum teman lelakinya masuk ke bilik mandi dan menikam dirinya di bahagian jantung.

Wolf Moon melaporkan pada awal 2018, kematian mereka dipercayai berlaku 24 jam sebelum bulan penuh tahun baru.

Keluarga dan Rakan-rakan Lilia telah mencarinya sejak berbulan-bulan dan menyatakan kebimbangan mereka sekiranya Lilia terlibat dengan kumpulan Syaitan.

Lilia dilaporkan mempunyai beberapa bekas luka yang menunjukkan kecederaan diri terdahulu sebelum kejadian itu. Editor:Farhana