Pasangan Suami Isteri Terlepas Dari Hukuman Tali Gantung


PUTRAJAYA: Sepasang suami isteri telah disabitkan kesalahan membunuh seorang pembantu rumah dengan membiarkan mangsa tidak makan dan minum terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan telah mengubah semula sabitan mereka atas tuduhan membunuh kepada tuduhan yang lebih ringan.

Chin Chui Ling,45 ,adalah seorang suri rumah dan suaminya Soh Chew Tong,48, adalah pemilik kedai, kedua-dua nya dihukum 10 tahun penjara bagi pertuduhan mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat Mey Sichan.

Mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah yang berusia 24 tahun hanya mempunyai berat 26.1 kg ketika manga ditemui mati di rumah kedai pasangan itu yang terletak di Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam,Pulau Pinang. 

Turut ditemui 29 kesan kecederaan yang baru dan lama pada anggota tubuh badan mangsa serta mengalami dehidrasi yang teruk. Mata dan pipi nya juga kelihatan cengkung.

Panel dianggotai seramai lima orang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif telah membenarkan rayuan pasangan itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan hukuman mati terhadap mereka.

Beliau berkata, kesalahan mereka kerana melakukan pembunuhan tanpa niat dengan tujuan menyebabkan kematian pembantu rumah itu mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Tinggi juga adalah tidak selamat.

Hakim Md Raus bagaimana pun berkata terdapat keterangan yang mencukupi bagi mensabitkan kesalahan pasangan itu mengikut Seksyen 304 (b) kerana membunuh tanpa niat bukan dengan tujuan untuk menyebabkan kematian.

"Kami mengambil kira fakta kes ini dan apakah yang sebenarnya yang berlaku. Ia nya adalah satu kes serius dan melalui keputusan sebulat suara, mereka akan menjalani hukuman 10 tahun penjara,"katanya.

Hukuman penjara juga perlu mengambil kira jumlah tahun pasangan itu ditahan dan ditempatkan di dalam penjara.

Pasangan suami isteri yang memakai pakaian penjara berwarna merah dan putih ini kelihatan terkejut apabila mendengar keputusan mahkamah ketika di baca kan. Chin mengalirkan air mata dan memeluk ibu serta seorang lagi ahli keluarga nya sebelum di bawa masuk ke lokap.

Mereka dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2013 apabila mereka didapati bersalah membunuh tanpa niat kepada tuduhan yang lebih ringan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Rayuan dikemukakan oleh pihak pendakwa pada 2015,Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan mensabitkan mereka bagi membunuh serta mengenakan hukuman mati.

Mereka kemudian nya telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Pasangan berkenaan telah melakukan kesalahan itu di rumah mereka antara 1 Jan dan 1 April 2012.

Mahkamah dimaklumkan bahawa mangsa Mey Sichan tidak diberikan makanan dan terpaksa mengutip sisa makanan daripada tong sampah untuk mengalas perut nya.

Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram meminta mahkamah mengenakan hukuman lebih ringan terhadap anak guamnya dengan alasan mereka telah menunjukkan rasa menyesal terhadap perbuatan nya.

Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud telah meminta mahkamah mengenakan hukuman maksimum 10 tahun penjara dengan alasan kejadian itu berlaku dalam tempoh masa yang panjang, ini bermakna mangsa telah didera dengan kejam oleh pasangan ini. Orang ramai diingatkan bahawa pembantu rumah tidak sewajar nya dilayan sedemikian rupa.

Kelihatan diluar mahkamah, peguam Datuk K.Kumarendran, yang mewakili pasangan berkenaan berkata bahawa anak guamnya itu ditahan selama tiga tahun dan dengan potongan satu pertiga daripada hukuman mereka hanya menjalani hukuman penjara selama empat tahun setengah. Editor: Ila