Pelik Dengan Jutawan Sorang Ini, Siap Bawa Periuk Nasi Pergi Shopping Mall.


Siapa saja yang tidak mengenali ahli perniagaan yang terkenal ini. Sebut saja Dato Aliff Syukri pasti semua golongan mengenali beliau. Tidak kurang juga namanya juga sering disebut para netize di dalam media sosial baru-baru ini.

Sementara beliau menunggu rumah mewahnya dalam proses untuk siap,  dia dan keluarga  mengambil peluang untuk membeli barang-barang keperluan rumah ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Melalui akaun Instagramnya, Aliff Syukri sekeluarga sempat memuat naik gambar dan proses rumah mewah itu untuk siap.

Pokok-pokok hiasan juga sudah di tanam di hadapan rumah barunya.

Aliff Syukri telah memuat naik satu gambar ketika dia dan keluarga keluar membeli belah barangan rumah di sebuah mall di Kuala Lumpur dengan memakai jubah serta memegang sebuah periuk nasi.


“my happy family..excited terlebih sekarang ni tak lama lagi dah boleh masuk rumah baru sy kat ni di tgh kl nak gi shopping lepas ni lebih mudah bawah umah sahaja ..inilah usaha saya selama ini hampir 9tahun….rasa penat lelah cari duit dan segala masalah hilang bila tgk rumah yg saya ilhamkan,dari pada batu bata,sampailah ke pokok bunga semua hasil tangan saya sendiri…cuma kali ni rumah wekend house sy ni ruang bertingkat.. susah nak berkebun..”tulisnya di laman Instagram.

Beliau percaya bahawa setiap orang mempunyai minat yang berlainan . Saya meminati hiasan dalam rumah seperti perabot,dan seumpamanya. Mungkin minat anda pada benda lain jadi kita perlulah berusaha supaya tidak menyusahkan orang lain. Editor: Ila