Penerbit Video Lucah Kanak-Kanak Di Indonesia Di Tangkap


Kita sering digemparkan dengan  penghasilan video lucah kanak-kanak di bawah umur bersama orang dewasa. Baru-baru ini tujuh orang lelaki termasuk dua ibu kepada mangsa berkenaan di Bandung terlibat dalam penghasilan yang tidak bermoral ini. Kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi dan disayangi kini menjadi mangsa oleh setengah golongan yang tidak berperikemanusia.

Inspektor Jeneral Agung Budi Baryoto ketua polis daerah berkata, suspek utama yang dikenali sebagai M Faisal Akbar, 32 telah menjual video lucah ini kepada seseorang yang dikenali sebagai 'R' dipercayai warga Russia yang hanya dikenali melalui  kumpulan sembang di facebook. Video tersebut membabitkan seorang budak lelaki dan seorang wanita.

Pemeriksaan awal mendapati, ianya bermula dari perkenalan di Facebook. Dalang disebalik perbuatan terkutuk ini adalah Faisal. Faisal lah yang menjadi pengarah bagi video lucah kanak-kanak dibawah umur bagi mengaut keuntungan dalam juataan rupiah. Harga ditetapkan bergantung kepada bahan untuk menghasilkan video terkutuk ini.

"Misal kata, gambar yang diperoleh 6 juta rupiah (RM1,700), mankala video yang melibatkan dua kanak-kanak lelaki terbabit mengaut keuntungan kira-kira 16 juta rupiah( RM4,700). Terdapat juga video yang mendapat bayaran mencecah 9 juta rupiah (RM2,700).

"Sekitar kira-kira 31 juta rupiah (RM9,200) bayaran yang diterima bagi keseluruhan jualan ini. Video tersebut turut dijual keluar negara bagi mendapatkan pulangan yang berlipat ganda", katanya.

Faisal mengaku telah mendapat permintaan yang agak tinggi daripada warga Russia terbabit selepas video itu berjaya disiapkan. Kemudian iannya akan dihantar melalui laman sosial Telegram sebelum menerima bayaran yang lumayan dari pihak warga Russia tersebut.

Setakat ini, enam orang termasuk dua ibu kepada mangsa kanak-kanak terbabit sudah pun ditahan sekitar Bandung, Ahad lalu. Manakala seorang lagi suspek masih lagi giat diburu oleh pihak polis.

Faisal mengenali seorang wanita yang hanya dikenali sebagai ' I ' melatih kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun melalui ibu mangsa.

"Faisal kemudian mengenali seorang wanita yang bernama Cici memperkenalkannya kepada wanita lain, seterusnya dibawa menemui mangsa kedua berusia sembilan tahun berserta ibunya.

"Keadaan ini amat menyedihkan kerana ibu bapa mangsa sendiri yang 'menjual' mereka kepada pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya. Editor: Ila