Pengarah Dan Pelakon Nekat Untuk Membuat Laporan Polis


FILEM arahannya KL Wangan tersebar di laman sesawang Facebook, Pengarah dan pelakon, Pekan Ibrahim rasa teramat kecewa.

Menerusi Instagram milik Pekin, dia hanya mampu mengharapkan tindakan daripada pihak berkuasa apa yang patut di ambil pada mereka-mereka yang berani buat sedemikian rupa.

"Tidak mampu berkata apa... Biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan. Sabar, perjuangkan filem Malaysia, hentikan FB live," tulisnya.

 Dalam kenyataaan itu juga Pekin turut muat naik gambar yang dia sendiri telah buat loporan tentang pekara tersebut.

Dipercayai kejadian itu berlaku pada 3 Januari lalu, dan filem KL Wangan telah disebarkan menerusi rakaman langsung di Facebook.

Foto di muat naik pada pagi Khamis itu menerima lebih 4,000 tanda suka dan ratusan komen pengikut.

Ada juga yang bersimpati dan meninggalkan komen berharap Pekin bersabar dan meminta pihak berkuasa menangani jenayah siber ini.

"Kenapa masih lagi ada yang tak sedar walaupun ramai dah produser dan pengarah buat laporan tentang kes cetak rompak FB live ni. Tolonglah faham hasil kerja anak seni yang bersusah payah untuk hasilkan satu karya. Bukannya senang nak bersengkang mata pagi ke malam."

"Cuba bayangkan yang cari rezeki tu ahli keluarga anda sendiri untuk bagi anak-anak anda makan. Selagi perkara ni tak ambil tindakan keras selagi tu masih ada pekara sebegini. Keep strong bro," kata Muhammad Azfar Faiz.

Filem berkisah dunia permotoran yang menelan belanja hampir RM5 juta ini masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 21 Disember lalu.

Sebelum ini, beberapa filem tempatan turut menerima nasib yang sama apabila menjadi mangsa cetak rompak digital. Antaranya filem Pinjamkan Hatiku, Kau Yang Satu dan KL Gangster 2. Sumber: Mstar – Editor: Amyle Nazrul