Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Temui Ajal


SEMENYIH: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terbabit dalam sebuah kemalangan berdekatan empangan Semenyih, Jalan Kajang – Kuala Klawang pada 11.45 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, mangsa iaitu Mohd Izham Safwan Mohd Ghazali, 30, dipercayai sedang berkonvoi bersama beberapa penunggang yang lain ketika dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Kuala Klawang.

Tambahnya lagi, sebaik sahaja mangsa berada di laluan berdekatan dengan empangan Semenyih, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu menyebabkan mangsa terbabas ke laluan bertentangan.

Ketika kejadian berlaku, terdapat sebuah lori yang dikatakan melalui jalan tersebut yang dalam perjalanan dari arah Kuala Klawang ke Kajang.

Pihak polis juga mengatakan mangsa tidak dapat mengawal motosikal yang dinaikinya lalu merempuh bahagian hadapan lori terbabit menyebabkan mangsa tercampak ke tengah jalan

Mangsa telah disahkan maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Kes kemalangan ini akan disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: Mymetro, Editor: Amira

Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people, shoes, motorcycle and outdoor

Image may contain: one or more people, tree, motorcycle and outdoor

Image may contain: outdoor and nature