Penyamun Ditangkap Dalam Tempoh 24 Jam


KLANG - Seorang pengurus restoran di cederakan oleh dua lelaki dalam cubaan menyamun di Bandar Botanik, pagi kelmarin.

Polis telah menahan suspek dalam tempoh 24 jam.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, pada masa kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa yang berusia 26 tahun baru habis kerja menuju ke keretanya yang diparking di hadapan restoran tempat dia bekerja.

"Sebuah kereta tiba-tiba meluru ke arah mangsa dan cuba menarik beg silangnya, tetapi gagal.

"Berikutan itu, mangsa mengalami patah jari akibat dipukul dengan kayu ketika cuba menghalang suspek.

"Bertindak atas maklumat, polis menahan dua suspek yang berusia 29 dan 19 tahun di Jalan Gedung Raja Abdullah, di sini pada jam 11.30 malam tadi.

"Polis turut merampas kereta jenis Proton Waja suspek untuk menyamun dan sebatang rotan dipercayai digunakan memukul mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyamun sehingga mendatangkan kecederaan. Sumber: Berita Harian , Editor:Farhana