Polis Gempur Pusat Pelacuran Di Gombak




GOMBAK : Tiga buah pusat refleksologi di Prima Gombak yang menjalani aktiviti pelacuran diserbu malam tadi. Premis berkenan dipercayai telah beroperasi secara haram sejak beberapa bulan yang lalu.Hasil dari serbuan itu pihak polis berjaya menahan 19 wanita asing yang dipercayai telah bekerja sebagai tukang urut di pusat refleksologi tersebut.

Semua wanita yang ditahan dipercayai hanya menggunakan visa pelancong ketika bekerja. Wanita warga asing terbabait merupakan warga Thailand, Vietnam dan Kemboja ditahan pasukan polis di Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi & Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor kira -kira jam 10 malam . Pihak polis juga turut menahan tiga penjaga kesemua premis terbabit.

Turut ditahan ketika serbuan tiga pelangan warga Nepal yang sedang menikmati tawaran yang disediakan oleh pusat refleksologi ini. Pihak polis juga turut  merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk aktiviti seks.

Kesemua wanita ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen di bawah Seksyen 55B, 39B dan  6 (1)  . Hasil kesemua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak bagi tindakan lanjut.
Sumber : Astro Awani. Editor : Ila