Jumaat, 12 Januari 2018

Pukul Pelanggan Gara-Gara Komen Negatif



CHINA: Ini adalah saat-saat yang mengejutkan di mana seorang wanita dilihat telah di tampar dan ditendang sehingga terjatuh selepas memberi komen negatif di atas penghantaran barang yang agak lewat.

Melalui rakaman pihak keselamatan, mangsa yang dikenali sebagai Xiao Li, dilihat rebah selepas diserang oleh seorang lelaki.

Penyerang terbabit didakwa adalah pemilik kepada syarikat runcit dalam talian iaitu Encik Zhang.

Zhang dipercayai menjadi berang selepas mendapat maklum balas yang tidak baik mengenai khidmatnya dan sanggup mengembara 500 batu semalam dari Suhou semata-mata untuk bertemu wanita terbabit.

Xiao Li, dikatakan meninggalkan komen yang negatif setelah barang yang dibelinya lewat sehingga mengambil masa selama empat hari untuk sampai ke tangannya.

Menerusi rakaman litar tertutup daripada Zhengzhou di timur China menunjukkan seorang wanita telah ditumbuk dan disepak sehingga jatuh menyembah bumi.

Di dalam video tersebut juga, lelaki tersebut dilihat menendang dan menampar wanita berkenaan berulang kali sehingga wanita itu terjatuh.\

Wanita tersebut mendakwa bahawa dia mengalami lusa akibat terjatuh dan di dibawa ke hospital yang berdekatan untuk menerima rawatan lanjut.

Setakat ini, pihak polis sedang menyiasat mengenai kes ini dan jika didapati bersalah, tindakan akan segera diambil. Editor: Amira